BPL: Bent pemusnah impian Moyes

CORAK permainan yang lebih mantap pada separuh masa kedua tidak mencukupi bagi Manchester United yang seri 2-2 pada pertemuan dengan Fulham di Old Trafford hasil jaringan Darren Bent pada saat akhir.

Fulham mengejutkan tuan rumah apabila Steve Sidwell berjaya menewaskan penjaga gol David de Gea pada minit ke-19 untuk jaringan pertama perlawanan.

United berdepan kekalahan kesembilan dalam usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebelum Robin van Persie berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78.

Kemenangan seolah-olah memihak pasukan tuan rumah apabila United mendahului perlawanan buat pertama kali hasil jaringan Michael Carrick dua minit selepas itu.

Namun, tiga mata berharga terlepas daripada genggaman United apabila Bent menanduk gol penyamaan pada masa tambahan.

Dengan keputusan ini, United kekal di tempat ketujuh manakala Fulham tetap di tangga tercorot Liga. – AP

Highlights