Beckham mahukan Xavi untuk kelabnya

LONDON – David Beckham mahukan pakar di bahagian tengah Barcelona, Xavi untuk kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) yang baru ditubuhkannya di Miami.

Xavi, yang bermain buat kali ke-144 dalam Liga Juara-Juara ketika mengalahkan Manchester City 2-0 Selasa lalu, mempunyai kontrak dengan Barcelona sehingga 2016. Walaupun mendapat perhatian daripada kelab lain, dia telah menjelaskan sebelum ini bahawa dia mahu menamatkan kariernya di Nou Camp.

Pada awal tahun ini dia dikaitkan dengan perpindahan ke New York Red Bulls tetapi telah mendedahkan bahawa kelab yang mendapat pertimbangannya jika meninggalkan Barca adalah Bayern Munich.

Bagaimanapun, MailOnline difahamkan pemain tersebut belum membuat sebarang keputusan dan setakat ini Xavi masih boleh menimbang mana-mana tawaran jika dia merasakan badannya cukup cergas untuk meneruskan karier.

Kelab baru tersebut dikatakan bakal menggunakan nama ‘Miami Vice

Miami mempunyai penduduk yang mampu bertutur dalam bahasa Sepanyol dan Xavi dilihat sebagai nilai komersial yang sangat tinggi di mata Beckham untuk membolehkan pemain tersebut bersama kelab barunya.

Cristiano Ronaldo juga antara nama yang disebutkan sebelum ini dan bersedia untuk berpindah selepas umurnya menjangkau 32 tahun. – AGENSI