Yuna meniti puncak di Amerika Syarikat

Siapa tidak kenal dengan Yuna, gadis kelahiran Alor Setar Kedah yang sedang meningkat naik dan telah mendapat perhatian di Amerika Syarikat.

Bukan sahaja jumlah peminat yang banyak menonton di Youtube bahkan mempunyai banyak cover version video lagu nyanyiannya. Yuna juga artis tunggal Malaysia yang mempunyai akaun VEVO di Youtube.

Antara program dan lokasi persembahannya di sana ialah CBS morning show, Bing Lounge, S.O.B New York, Hollywood soundtrack, Street Chicago, Fonda Hollywood, NAMM2013, , NatGeo, Conan OBrient Show, Istana Budaya, Jay Leno Show, MTV, VEVO, Las Vegas.

Yuna juga pernah bekerjasama bersama Pharrel dan sekarang berada di bawah naungan komposer yang terkenal, David Foster.

Akaun Facebooknya juga hampir mencecah 1.8 juta pengikut dan sebahagiannya adalah daripada peminat luar negara. Pengikut Twitternya juga tak kurang hebatnya sudah mencecah 1 juta pengikut.

Malah, sebelum ini Kendall Jenner adik kepada Kim kardashian, pernah tweet yang dia sangat menggemari lagu Yuna, Lullabies. Menurut tweet dari Kendall, lagu yang bertajuk Lullabies itu adalah lagu kegemaran sepanjang hayatnya dan amat menggemari lagu tersebut.

Tweet Kendall

Portal antarabangsa Huffington Post menyenaraikan penyanyi kebanggaan Malaysia, Yunalis Zarai atau Yuna antara 20 artis yang harus diberi perhatian pada tahun 2014. Penulis artikel tersebut, Ryan Kristobak memuji keenakkan muzik Yuna yang dikatakan bercitarasa baru dan memberikan dendangan indah kepada pendengar.

Huffington Post

Paling menarik, Ryan memperkenalkan Yuna sebagai ahli muzik dari Malaysia yang menggabungkan  elemen muzik dari negaranya dan moden pop. Artikel itu turut memuji hasil kerja Yuna menerusi album Nocturnal dan single yang dihasilkan untuk filem animasi The Crood. Penghargaan Huffington Post ini menandakan karier muzik artis yang sedang popular dengan lagu Rescue itu semakin mendapat tempat di kalangan peminat muzik antarabangsa.

Terkini, lagu duet Yuna Shine Your Way tersenarai sebagai calon Academy Awards atau Oscar, namun beliau berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat hadir pada majlis berkenaan yang dijadualkan berlangsung 2 Mac nanti di Los Angeles, Amerika Syarikat kerana persembahan konsertnya di Singapura.

Semalam Yuna dijemput pula dalam program bual bicara yang terkenal iaitu Jimmy Kimmel Show. Yuna mempersembahkan 2 buah lagu dari album terbarunya iaitu Rescue dan Falling.

Jom layan 2 video persembahannya