Van Persie yakin Moyes akan ubah nasib United

Robin Van Persie mengakui bahawa Manchester United hilang banyak mata musim ini tetapi yakin bahawa pengurus David Moyes akan mengubah nasib pasukan.

United menghadapi kemungkinan yang mereka tidak akan serta Liga Juara Juara musim depan – mahkota Liga Perdana Barclays pula hampir-hampir mustahil kerana mereka kini 11 mata di belakang pendahulu liga Arsenal.

Kemerosotan kelab untuk mengekalkan tahap kejayaan yang sama dengan Sir Alex Ferguson menjejas bursa saham mereka di New York Stock Exchange.

Saham mereka jatuh ke 14.75 dollar US pada hari Khamis, yang paling rendah dalam 12 bulan sebelum kembali ke 15.16 dollar. Ini bermakna nilai kelab itu jatuh lebih £250 juta berbanding dengan bulan Mei lepas.

Walaubagaimanapun penyerang Belanda Van Persie yakin bahawa Moyes hanya memerlukan masa.
Beliau berkata kepada www.guardian.co.uk: “Saya rasa beliau hanya memerlukan masa, seperti orang lain, terutamanya apabila anda masih baru di kelab yang besar.

“Secara jujur, saya rasa bahawa ramai tidak faham yang mereka harus memberinya masa yang lebih.”
“Kami telah hilang banyak mata musim ini, terlalu banyak pada pendapat saya, tetapi jika ingin sasar semua trofi, kami harus bermain dengan lebih baik dan mencatatkan lebih kemenangan.

“Pengurus adalah anggota paling penting bagi kami dan beliau sedang berusaha sedaya upaya.”
Dalam sesi temubual dengan uefa.com Van Persie berkata bahawa hubungannya dengan Wayne Rooney kini lebih erat dan kian meningkat walaupun bermain dalam posisi yang sama.

“Kami sedar bahawa kami lebih kuat apabila bermain bersama-sama.

“Ini perkara biasa apabila bekerja bersama-sama, dengan pemain yang berkaliber seperti Wayne, kami mampu meningkatkan lagi perlamian.” – Foxsports