Terlupa keluarkan kad, 2 gadis didakwa curi RM2000

Gempar cerita di Facebook apabila seorang wanita mendakwa beliau tertinggal kad bank di mesin ATM RHB di Festival City Setapak. Setelah mendapatkan kadnya kembali beliau kehilangan jumlah simpanan sebanyak RM2000.

Setelah meneliti kembali rakaman video CCTV, kelibat 2 orang gadis disyaki mengeluarkan duitnya menggunakan kad yang tertinggal itu.

Namun pemilik menyalahkan dirinya yang cuai menyebabkan kejadian tersebut. Tidak dapat dipastikan samada pemilik kad melaporkan kejadian tersebut pada pihak polis atau tidak.