Ronaldo bakal terima penghormatan tertinggi Presiden

LISBON, Portugal – Cristiano Ronaldo bakal menerima penghormatan tertinggi daripada Presiden Portugal.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Presiden semalam, Ronaldo berhak mendapat pengiktirafan kerana dia merupakan ‘simbol Portugal di seluruh dunia, menjadikan negara itu lebih dikenali di peringkat antarabangsa, selain menjadi contoh ketabahan generasi muda’.

Bintang penyerang Real Madrid dan ketua pasukan bola sepak Portugal itu dipilih sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008, malah menjadi calon utama untuk meraih anugerah tersebut sekali lagi, tahun ini.

Dia yang dianggap ikon di Portugal merupakan pemain ketiga paling banyak membuat penampilan bersama skuad kebangsaan, iaitu 109 kali. Dia juga masih memegang rekod penjaring terbanyak bersama bekas bintang negara itu, Pauleta iaitu 47 gol.

Ronaldo akan mengetuai Portugal dalam misi memburu Piala Dunia yang akan diadakan di Brazil dari 12 Jun hingga 13 Julai ini.

Dia bakal menerima pingat dan reben Order of Prince Henry dalam satu upacara rasmi di kediaman Presiden di Lisbon, Selasa ini. – AGENSI