Real sambung kontrak Xabi Alonso 2 tahun

Real Madrid mengakhiri spekulasi tentang masa depan Xabi Alonso dan mengumumkan bahawa pemain Sepanyol itu telah menandatangani kontrak dua tahun.

Kontrak pemain yang berusia 32 tahun itu berakir pada hujung musim tetapi Real Madrid telah mengumumkan bahawa beliau telah menandatangani kontrak dua tahun.

Laman rasmi kelab itu menyatakan: “Xabi Alonso akan terus bersama Real Madrid hingga tahun 2016.”
Pemain antarabangsa Sepanyol itu telah membuat 204 penampilan untuk kelab itu sejak berpindah dari Liverpool dalam persetujuan yang bernilai £30,000,000 pada 2009. Beliau telah mendorong kejayaan mereka dalam kempen La Liga 2012 serta Copa del Rey pada 2011.

Alonso juga telah menang kejohanan Euro dua kali serta Piala Dunia sekali dalam 109 penampilan untuk negara. Alonso telah mula kerjayanya dengan Real Sociedad sebelum berpindah ke Anfield.

Berita tentang Alonso tiba sehari selepas pengurus Carlo Ancelotti menyatakan bahawa beliau tidak akan menjual atau membeli pemain baru.

Alonso, Fabio Coentrao, Angel Di Maria dan Alvaro Morata semua telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain – Manchester United dikatakan berminat untuk mendpatkan Coentrao sementara Arsenal ingin mendapatkan Morata.

Walaubagaimanapun Ancelotti menyatakan pada hari Rabu bahawa kelab gergasi Sepanyol itu tidak akan membawa masuk pemain baru dalam musim perpindahan.

“Kami mempunyai skuad yang handal. Kami tidak memerlukan apa-apa.” katanya. – foxsports