Putera Sultan Brunei habiskan $4.9 juta untuk Mariah Carey

Nampaknya Mariah Carey awal tahun lagi sudah untung. Mana tidaknya, di kala orang lain bercuti panjang, Mariah diupah untuk menyanyi di salah sebuah parti putera Sultan Brunei, iaitu Putera Azim di Dorchester Hotel, London.

Menurut Daily Mail, Mariah dikatakan telah dibayar anggaran US$ 1.5 juta untuk menyanyikan beberapa lagu, termasuk Always Be My Baby di parti yang diadakan di Dorchester Hotel.

Wakil Mariah telah sahkan beliau telah melakukan persembahan di parti Putera Azim yang juga merupakan teman baik Mariah, namun tidak mengesahkan jumlah bayaran yang diterima.

Mariah telah diterbangkan ke London bersama suami dan anak kembar beliau dengan jet peribadi dan telah bermalam di Harlequin Suite yang dikatakan dimiliki Agensi Pelaburan Brunei.

Untuk rekod Mariah Carey baru sahaja menerima bayaran sebanyak 600,000 pound sterling dari Presiden Angolan untuk bersembahanya Disember tahun lepas.