Piala FA: Man City belasah Blackburn di Etihad

MANCHESTER: Sergio Aguero merakam jaringan apabila kembali beraksi bagi membolehkan Manchester City menang besar 5-0 ke atas Blackburn Rovers pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA, awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Ewood Park minggu lalu namun perlawanan ulangan itu menyaksikan City menguasai hampir keseluruhan aksi di depan penyokong sendiri di Etihad Stadium.

Alvaro Negredo membuka tirai jaringan pada minit ke-45 dan menambah satu lagi jaringan pada minit ke-47, sebelum Edin Dzeko menumbat masuk gol ketiga City pada minit ke-67.

Giliran Aguero menambah derita Blackburn dengan meledak jaringan enam minit selepas itu.

Dzeko kembali menambah koleksi jaringan keduanya pada minit ke-79.

“Ia satu jumlah jaringan gol yang penting,” kata pengurus City Manuel Pellegrini. – AFP

Highlights: