Piala FA: Arsenal mudah ke pusingan kelima

Lukas Podolski menjaringkan dua gol untuk membantu Arsenal melangkah ke pusingan kelima Piala FA selepas membelasah kelab divisyen tiga, Coventry 4-0 di Emirates, pagi tadi.

Podolski membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-15, sebelum menambah gol kedua, 12 minit kemudian.

Dua lagi gol Arsenal disempurnakan oleh penyerang Perancis, Olivier Giroud pada minit ke-84, diikuti jaringan Santi Cazorla, seminit sebelum tamat perlawanan. – AFP

Keputusan Piala FA (pusingan keempat)

Nottingham Forest 0 Preston North End 0

Arsenal 4 Coventry City 0

Highlights