Philippe Troussier pilih Malaysia

PHILIPPE Troussier telah mengesahkan beliau akan memilih tawaran FAM untuk menjadi jurulatih Harimau Malaya.

Beliau yang juga mendapat tawaran dari Tunisia dijangka akan tiba di Malaysia bulan Februari ini.

“Pilihan saya ialah Malaysia. FAM bukan sahaja menwarakan jawatan jurulatih kepada saya bahkan mahukan saya menjadi pengarah teknikal mereka untuk memajukan bolasepak di Malaysia” jelas Troussier kepada berita xinhuanet.com

“Saya juga menerima tawaran dari pasukan negara dan kelab Eropah dan Afrika. Dua kelab Liga Super China juga menawarkan jawatan kepada saya.”

FAM menawarkan gaji sebanyak RM5 Juta setahun kepada Trousier. Difahamkan Persatuan Bola sepak Jepun (JFA) yang mencadangkan nama Trousier kepada FAM.