Pekerja malas dapat pampasan

Auckland: Seorang lelaki yang dipecat kerana dituduh membuat ruang khas untuk tidur di siling pejabatnya memenangi saman ke atas majikannya semalam.

Francis Hudson memfailkan aduan kepada Lembaga Hal Ehwal Pekerjaan selepas dipecat daripada syarikat Japanese Spares Ltd (JSL) selepas 19 bulan bekerja di situ.

Bekas pengurusnya Shameem Khan berkata, Hudson membuat ruang tidur di siling tingkat tiga pejabat itu yang juga berbahaya kerana boleh mengakibatkan struktur itu runtuh.

Bagaimanapun, JSL diarahkan membayar pampasan NZ$1,795 (RM4,884) kerana didapati tidak menegur perbuatan Hudson, menyebabkan pemecatannya dianggap dibuat tanpa sebab. – Agensi