Manchester City ke puncak EPL

MANCHESTER City kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berjaya mengalahkan Newcastle United 2-0 dalam perlawanan di St James’ Park lewat malam tadi.

Keputusan ini merupakan kemenangan EPL yang keenam berturut-turut bagi City.

Edin Dzeko dan Alvaro Negredo masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan masa tambahan perlawanan tetapi suasana bertambah hangat apabila gol oleh pemain Newcastle Cheick Tiote tidak dibenarkan pengadil Mike Jones pada pertengahan separuh masa pertama.

Walaupun Newcastle memulakan perlawanan dengan permainan rancak, City berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit kelapan hasil jaringan Dzeko.

Tiote pula menjaringkan gol pada minit ke-34 tetapi ia tidak dibenarkan kerana offside.

Bagaimanapun, Negredo memastikan kemenangan bagi City dengan jaringan gol pada minit kelima masa tambahan.

Dengan kemenangan ini, City kini terletak di tangga teratas Liga tetapi kedudukannya akan terjejas jika Arsenal menang di Aston Villa, awal pagi Selasa ini.

Newcastle pula tetap berada di tangga kelapan. – AFP

Highlights


Manchester City vs Newcastle United 2-0 by FootyLight0