Liga Super: JDT, Pahang, Selangor tumbang

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Saingan bola sepak Liga Super malam ini menyaksikan beberapa kejutan besar di mana pasukan berstatus bintang, Johor Darul Ta’zim (JDT) tumbang 1-0 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Turut melakar kejutan pasukan berstatus kelab, Sime Darby yang menumpaskan juara Piala Malaysia dan Sumbangsih, Pahang 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Selangor pula gagal membawa pulang tiga mata daripada kunjungan ke Stadium Jalan Besar, Singapura apabila tewas 2-1 kepada penyandang juara liga, LionsXII.

Di Stadium Negeri, Kuching, tuan rumah, Sarawak gagal memanfaatkan aksi di tempat sendiri apabila tunduk 0-1 kepada Kelantan.

Perak pula mencatat kemenangan pertama musim ini dengan menumpaskan Terengganu 1-0 di Stadium Perak, Ipoh.

Keputusan Liga Super

LionsXII 2 Selangor 1

Sime Darby 1 Pahang 0

Perak 1 Terengganu 0

Sarawak 0 Kelantan 1

T-Team 1 JDT 0

Highlights – Like Facebook untuk highlights terkini

T-Team v Johor DT