Liga Perdana: PDRM, Kedah cemerlang

PASUKAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan rentak kemenangan apabila mudah menjinakkan Pulau Pinang 5-1 dalam kancah Liga Premier di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, petang semalam.

Pada pertemuan itu, gol tuan rumah dihasilkan lima pemain berbeza iaitu, Bobby Gonzales (m3), Fadhil Mohd Hashim (m27), Shahril Izwan Abdullah (m38), Ashafaq Ali (m60) dan Chad Charles Souza (m-67).

Manakala, gol tunggal pelawat hadir melalui Yong Kuong Yong m-18.

Dengan kejayaan ini juga, enam mata sudah di gapai skuad bergelar The Cops selepas menumpaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Pasir Gudang, Jumaat lalu dan mereka.

Begitu pun, pengendalinya, Dollah Salleh tampil merendah diri dan akui masih banyak kelemahan harus diperbaiki pasukannya walaupun kini sedang berada di persada liga.

“Satu kemenangan besar dan saya gembira. Ramai memuji jumlah jaringan ini tapi pada saya banyak aspek perlu dikemas kini.

“Mudah-mudahan kita boleh melakukannya dalam perlawanan akan datang,” katanya selepas permainan.

Sementara itu, Kedah turut meraih tiga mata penuh dengan membenam DRB-Hicom 2-0 di Stadium Hang Jebat manakala UiTM FC seri 1-1 bertemu JDT II di Shah Alam. – SH

Highlights – Like Facebook untuk highlights perlawanan yang lain

DRB Hicom v Kedah