Lelaki maafkan pencuri iPhonenya

HANYA kerana telefon iPhone 5Cnya dicuri oleh seorang wanita yang cantik, seorang lelaki dari Jepun telah memaafkan wanita itu kerana mencuri gajet miliknya.

Kecurian telefon itu berlaku ketika lelaki berkenaan, Matsumoto Hiroki melancong ke Bangkok, Thailand.

Identiti siapa pencuri telefon Hiroki terbongkar apabila si pencuri merakamkan gambar sendiri secara ‘selfie’ dengan menggunakan telefon milik Hiroki.

Dia boleh melihat gambar berkenaan daripada aplikasi iCloudnya.

Selepas melihat gambar pencurinya (gambar atas), Hiroki melalui Twitternya pada 10 Januari lepas memberitahu bahawa pencuri telefon pintarnya amat comel.

“Anda boleh menyimpan iPhone selagi kita masih berkawan” kata Hiroki.

Mesej itu diterjemahkan ke dalam bahasa Thailand, dan kemudian dihantar kepada pencuri wanita tersebut.

Selepas mesej itu diterima, Hiroki mendapati terdapat sejumlah gambar lelaki di aplikasi tersebut.

Hiroki kemudian menutup akaun telefonnya.

Disangka pencurinya wanita cantik.. sekali rupa-rupanya si jejaka sama jantina. – Mynewshub