Lee Chong Wei juara Terbuka Malaysia 2014

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Jaguh nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya merangkul gelaran ke-10 apabila menjuarai Siri Super Premier Terbuka Malaysia selepas menewaskan jaguh Indonesia, Tommy Sugiarto di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini sebentar tadi.

Chong Wei layak ke final setelah menewaskan jaguh Denmark, Jan Jogersen semalam.

Chong Wei mengetepikan cabaran Tommy dalam perlawanan 47 minit untuk mencatatkan kemenangan 21-19, 21-9.

Ini merupakan kejuaraan kesepuluhnya dalam Terbuka Malaysia.