Hoki: Paul Revington letak jawatan kali kedua

Paul revington membuat kejutan dengan meletak jawatan buat kali kedua di kala pasukan hoki negara dalam persiapan menghadapi Piala Dunia tahun ini.

Revington dilaporkan menyerahkan surat perletakan jawatannya hari Jumaat lalu dengan memberi alasan masalah kesihatan mengganggu tugasnya menjadi jurulatih negara.

Perletakan jawatan ini seperti telah dirancang kerana beliau sendiri mencadangakan K. Dharmaraj menjadi penolongnya baru-baru ini.

Pihak MHF akan mengadakan sidang media esok untuk menjelaskan perkara ini.