Episod kekalahan Man United berterusan

Fabio Borini menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir Piala FA dan beri Man United kekalahan ketiga.

Pemain Itali itu menyempurnakan penalti pada minit ke 65 untuk memberi pasukan Gus Poyet kemenangan 2-1 dalam perlawanan pertama di Wearside.

Borini telah menjaringkan gol kemenangan atas Newcastle pada awal musim dan usahanya bermakna United kini telah kalah dalam tiga perlawanan berturut-turut – kali pertama sujak bulan Mei 2001.

Pasukan Black Cats masih di tempat terakhir kedudukan liga tetapi masih mampu menjaringkan gol pembukaan dalam babak pertama.

Manchester United tidak bernasib baik kerana jaringan Adnan Januzaj pada minit ke 38 tidak dibenarkan kerana terkena Ryan Giggs yang berada di posisi ofsaid.

Keadaan semakin teruk dalam masa tambahan apabila United cuba mempertahankan benteng pertahanan dari sepakan percuma Sunderland.

Wes Brown menyepak masuk hantaran Sebastian Larsson ke dalam kotak dan Giggs tersepak masuk bola ke dalam gawang sendiri apabila cuba menghalang percubaan Phil Bardsley.

Pasukan pelawat bangkit sementara dan mengurangkan kelebihan gol apabila pemain pertahanan Nemanja Vidic menanduk masuk gol pada minit ke 52.

Sunderland memberi saingan sengit dan dan percubaan Borini dan Larsson menguji penjaga gol United. Pasukan Red Devils cuba membalas dengan gerakan Michael Carrick dan Giggs tetapi percubaan pemain veteran itu terkena palang.

Pasukan Black Cats mendapat peluang keemasan apabila Cleverley mengasari Johnson dalam kotak penalti dan pengadil Andrew Marriner menghadiahkan gol kepada pasukan tuan rumah.

Borini menyempurnakan peluang dengan senang dan pasukannya berjaya kekal dengan keputusan 2-1 hingga wisel penamat.

Higlights