Dua guru khalwat dalam kereta diperintah bela diri

KOTA BHARU: Seorang guru besar dan seorang guru wanita diperintah membela diri di Mahkamah Tinggi Syariah di sini terhadap tuduhan melakukan perbuatan mukadimah zina di dalam sebuah kereta, April tahun lalu.

Hakim Nik Najib Nik Hassan membuat keputusan itu terhadap Banun Che Jusoh, 54, dan Noriham Abd Wahab, 26 selepas berpuashati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.

Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.

Mereka dituduh cuba melakukan zina di dalam sebuah kereta di Lebuh Raya Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kampung Gaung di Pasir Mas pada April tahun 2013.

Banun Mat Jusoh, 43, dan Norihan Ab. Wahab, 25, didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 8.30 malam 28 April 2013 di dalam sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu jalan di lebuh raya di kawasan Pasir Mas.