Capitol One Cup: Sunderland sambung episod duka United

MANCHESTER: Sunderland mara ke final Piala Liga Inggeris selepas menewaskan Manchester United 2-1 dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 3-3 pada pertembungan kedua separuh akhir di Old Trafford, awal pagi tadi.

Perlawanan diheret ke masa tambahan apabila United mendahului 2-1 namun kedudukan agregat 3-3 memaksa kepada penentuan penalti.

Penjaga gol Sunderland, Vito Mannone menyelamatkan tendangan penalty Rafael da Silva, sekali gus meletakkan pelawat mara untuk kali kedua ke final di Wembley.

Selepas tewas 2-1 pada perlawanan pertama separuh akhir, United memperoleh gol awal menerusi tandukan pemain pertahanan, Jonny Evans pada minit ke-37.

Namun, ketika permainan tinggal dua minit, David de Gea gagal menyelamatkan tendangan Phil Bardsley untuk gol penyamaan Sunderland namun, Javier Hernandez kembali meletakkan United di depan beberapa saat sebelum permainan tamat.

Sunderland akan bertemu Manchester City pada final. Semalam, City menewaskan West Ham United 3-0 dengan menjadikan kemenangan agregat terbesar 9-0.

Highlights

All Goals

Penalty shoot-out