Capital One Cup: Manchester City berpesta gol di Etihad

Manchester Citry benam West Ham 6 gol tanpa balas dalam perlawanan separuh akhir pertama Capitol One Cup di Stadium Etihad pagi tadi.

Álvaro Negredo menjaringkan hattrik dalam perlawanan tersebut manakala 2 gol lagi disumbangkan oleh Edin Dzeko dan 1 gol oleh Yaya Toure.

City ternyata mendominasi perlawanan iaitu 68% kawalan bola dengan 34 percubaan iaitu 11 daripadanya tepat ke arah gawang West Ham.

Dengan kemenangan besar ini, Manchester City mempunyai bekalan selesa yang akan dibawa ke Upton Park untuk layak ke perlawanan akhir.

Highlights