BPL: Van Persie, Young beri United kemenangan

Juan Mata mula kerjaya di Manchester United dengan kemenangan 2-0 atas Cardiff hasil gol Robin van Persie dan Ashley Young.

Mata bermain 83 minit selepas perpindahan £37.1 juta dari Chelsea.

Pemain midfield itu mempengaruhi perlawanan dan mencipta gol pertama van Persie pada minit ke enam.
Mata menerima tepukan gemuruh dari para penyokong United apabila diganti oleh Adnan Januzaj dan ia jelas bahawa kehadiran beliau telah membangkitkan pasukan Red Devils.

Kali terakhir van Persie bermain adalah 11 perlawanan lalu sejak kecederaannya dalam perlawanan menentang Shakhtar Donetsk pada 10 Disember, beliau belum menjaringkan gol dalam 16 perlawanan.

Mata mulakan gerakan serangan dengan hantaran tepat kepada Patrice Evra yang memberi bola kepada Young sebelum disepak oleh Antonio Valencia dan walaupun percubaannya terkena palang, Van Persie mampu menolak bola masuk.

Young gagal mengawal hantaran tepat mata selepas itu dalam detik dimana Manchester United menguasai kawalan bola sebelum rembatan van Persie tersasar.

Beberapa minit kemudian Craig Bellamy dilayangkan kad kuning selepas melengahkan perlawanan apabila menghalang sepakan percuma.

Cardiff cuba bangkit dan Criag Noone mengakhiri gerakan serangan pasukannya dengan rembatan yang melambung tinggi.

Mark Hudson juga menguji penjaga gol United David De Gea dan Cardiff meneruskan prestasi baik selepas masa rehat.

Declan John cuba memberi hantaran kepada Campbell awal dalam babak kedua tetapi percubaannya tidak tepat.

United membalas dan akhirnya mendapat gol kedua apabila Young menggelecek bola dari sayap kiri sebelum melepaskan rembatan deras dari jarak jauh yang melepasi penjaga gol Cardiff.

Mata kemudian menguji Marshall dengan percubaan baik sebelum percubaan Valencia terkena palang.

Higlights