BPL: Spurs menang United di Old Trafford, Suarez wira Reds

Manchester United menerima kekalahan keempat di padang sendiri musim ini hasil jaringan gol Adebayor dan Eriksen.

Emmanuel Adebayor menjaringkan gol pembukaan dalam babak pertama dab Eriksen muncul dengan gol dalam babak kedua. Spurs kekal dengan kemenangan walaupun Danny Welbeck membalas dengan gol seminit selepas itu.

Keputusan ini mengekalkan permulaan baik bagi pengurus baru Tim Sherwood yang menggantikan Andre Villas-Boas – tiga kemenangan dan satu keputusan seri.

Manchester United tidak pernah tewas dalam perlawanan pada hari pertama tahun baru sejak 1989, dan tidak pernah tewas empat kali di padang sendiri sejak 1986.

Semua pasukan ‘big four’ lain mencatatkan kemenangan sementara United kini 11 mata di belakang pendahulu liga Arsenal.

Sir Alex Ferguson hadir dalam kotak tempat duduk pengarah untuk menyaksikan kekalahan itu.

Sebelum perlawanan bermula, Rooney telah disenaraikan semula dalam kesebelasan utama dan United telah mencatatkan rekod kemenangan dari enam perlawanan.

Peluang terbaik dalam babak pertama jatuh kepada Chris Smalling dari hantaran Antonio Valencia tetapi percubaannya dihalang penjaga gol Spurs Hugo Lloris.

Walaupun menguasai kawalan bola, United gagal mencipta banyak peluang dan Spurs membalas hasil usaha hantaran Lennon kepada Soldado tetapi percubaan penyerang Sepanyol itu tersasar.

Eriksen kemudian memberi hantaran tepat kepada Adebayor yang menyempurnakannya dengan baik untuk gol pembukaan Spurs pada minit ke 34.

Moyes cuba membangkitkan pasukannya dengan penyertaan Shinji Kagawa dan Javier Hernandez pada masa rehat.

Kekurangan Valencia dari aspek defensif memberi peluang kepada Lennon untuk mengambil kesempatan dan Eriksen menanduk masuk gol dengan senang pada minit ke 66.

Sementara itu, Luis Suarez menjaringkan gol ke 20 musim ini dan mendorong kemenangan 2-0 Liverpool yang meletakkan mereka di tempat empat teratas.

Liverpool bangkit dari dua kekalahan berturut-turut kepada Manchester City dan Chelsea dan kembali dengan kemenangan atas Hull.

Gol pembukaan dijaringkan oleh Daniel Agger, yang pertama sejak bulan April dan gol Suarez dari sepakan percuma selepas masa rehat menjaminkan kemenangan. Penyerang Uruguay itu memegang rekod yang sama dengan Andy Cole sebagai penjaring gol yang terpantas untuk mencatatkan 20 gol sebelum tahun baru di England – Suarez telah mencapainya dalam hanya 15 perlawanan.

Keputusan penuh Gameweek 20

Highlights