BPL: Penalti Gerrard selamatkan Liverpool, City cemerlang

LONDON: Ketua pasukan England, Steven Gerrard menyumbat gol penyamaan dan jaringan penting menerusi sepakan penalti untuk menyelamatkan Liverpool daripada tercicir dalam persaingan Liga Perdana Inggeris apabila seri 2-2, dengan Aston Villa, di Anfield, awal pagi tadi.

Gerrard nyata tidak langsung membuat kesilapan apabila memperoleh gol berkenaan hasil kekasaran penjaga gol Villa, Brad Guzan yang menjatuhkan Luis Suarez dalam kawasan penalti.

Keadaan sebenarnya bertukar bagi kelab Merseyside itu apabila penyerang England, Daniel Sturridge membuka jaringan di minit akhir babak pertama perlawanan hasil kuisan cantik Henderson, sekali gus merapatkan jarak jaringan kepada 1-2.

Sturridge kembali dalam kesebelasan utama selepas pulih daripada kecederaan buku lali dan terus memberi kesan ke atas lawan apabila merembat melepasi palang lawan pada awal perlawanan.

Sementara itu, Arsenal kekal di puncak kedudukan BPL hasil usaha Santi Cazorla yang menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-0 Arsenal atas Fulham.

Pemain midfield Sepanyol itu menjaringkan dua gol dalam babak kedua perlawanan di Stadium Emirates untuk mengekalkan status pasukan Gunners di hadapan Manchester City dalam kedudukan liga.

Aksi dalam babak pertama semakin hambar tetapi pasukan Gunners mula babak kedua dengan baik.
Arsenal akhirnya mendapatkan gol pada minit ke 57 apabila hantaran Giroud ke Wilshere di sayap kiri disempurnakan oleh Cazorla.

Nacho Monreal mencipta gol kedua dengan hantaran dari sayap kiri yang dirembat masuk oleh Cazorla pada minit ke 62.

Manchester City pula melepasi 100 gol dalam kemenangan 4-2 atas Cardiff City di Stadium Etihad.

City mendominasi keseluruhan perlawanan tetapi hanya mampu menjaringkan gol dalam babak kedua.

Dzeko menjaringkan gol pembukaan dari hantaran Silva pada minit ke 14. Cardiff balas hasil usaha Gunnarsson yang menghantar bola kepada Noone dan pemain sayap itu menggelecek masuk ke dalam kotak pada minit ke 29 sebelum merembat gol penyamaan masuk.

Toure muncul dengan gol penting pada minit ke 77 apabila merampas bola dari bahagian tengah padang dan berganding usaha dengan Aguero sebelum menjaringkan gol ketiga pasukannya.

Aguero menjaringkan gol terakhir pasukan dua minit kemudian dan Campbell mengakhiri perlawanan dengan gol dalam masa tambahan.

Keputusan EPL

Saksikan secara live streaming perlawanan BPL di sini.

Highlights

Arsenal v Fulham

Liverpool v Aston Villa


Manchester City v Cardiff City