BPL: Man United akhiri badi kekalahan

Pengurus Manchester United, David Moyes mengaku gembira dengan kemenangan 2-0 ke atas Swansea City dalam perlawanan Liga  perdana Inggeris di Old Trafford, pagi tadi.

Dua gol The Red Devils itu tercipta pada babak kedua, hasil sumbangan dari Antonio Valencia dan Danny Welbeck. Dengan kemenangan ini, mereka berada kedudukan ketujuh dengan 37 mata dari 21 perlawanan.

Kemenangan ini sangat bermakna buat moral skuad kendalian Moyes kerana mengalami kekalahan tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.

“Sejak permulaan babak kedua, saya sudah menduga kami akan bermain dengan baik,” ujar Moyes dipetik ESPN.

“Kami menjaringkan dua gol, dan seharusnya lebih dari itu. Saya rasa Swansea tidak langsung mempunyai peluang yang mengancam kubu kami, ujarnya.

Highlights