BPL: Arsenal kembali teratas menang di Villa Park

LONDON: Arsenal merampas kembali kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris apabila menumpaskan Aston Villa 2-1, di Stadium Villa Park, awal pagi tadi.

Skuad Arsene Wenger yang turun ke tangga ketiga hujung minggu ini selepas Chelsea dan Manchester City, kembali untuk menduduki tahta liga untuk sepanjang minggu ini.

Namun kejayaan Arsenal yang hanya berbeza satu mata dengan Manchester City hanya diperoleh selepas dua gol selang 60 saat menerusi Jack Wilshere pada minit ke-34 dan Olivier Giroud pada minit ke-35.

Wilshere meledak gol pembukaan pelawat selepas mendapat hantaran Nacho Monrea dan kurang seminit selepas itu giliran penyerang antarabangsa Perancis, Giroud menyempurnakan hantaran Wilshere pula untuk gol kedua.

Villa cuba bangkit menerusi jaringan Christian Benteke pada minit ke-76 dan ia adalah gol pertama Benteka sejak Septembar lalu namun ia terlalu lewat untuk tuan rumah menperoleh gol penyamaan.

Highlights