Ballon d’Or 2013 milik Ronaldo

Cristiano Ronaldo penuh dengan emosi setelah merangkul anugerah FIFA Ballon d’Or untuk pertama kali dalam empat tahun dari Lionel Messi.

Ronaldo pernah menang anugerah itu sekali sebelum ini pada tahun 2008 apabila di Manchester United tetapi hanya mampu menang naib juara tiga kali sebelum ini – Messi menang empat kali berturut-turut.

Walaubagaimanapun pemain antarabangsa Portugis itu memberi sumbangan yang penting bagi Real Madrid tahun lepas – beliau telah menjaringkan 231 gol dalam 222 perlawanan untuk gergasi Sepanyol itu.

Salah satu sebab mengapa Messi sering menang anugerah itu adalah kerana kelabnya Barcelona sering memecahkan rekod sejak beberapa tahun ini.

Ronaldo akhirnya mendapat anugerah Ballon d’Or keduanya selepas mendapat 1,365 mata dalam proses undian, Messi di tempat kedua dengan 1,205 mata sementara pemain antarabangsa Perancis Franck Ribery mendapat 1,127.

Ronaldo tidak menang apa-apa dengan Madrid tahun lepas tetapi telah melalui prestasi yang baik, dan berjaya menjaringkan 69 gol untuk negara dan kelabnya termasuk empat gol dalam kemenangan agregat 4-2 Portugal atas Sweden dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Ronaldo berkata: “Saya tidak boleh bercakap apa-apa pada masa ini. Terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya, di Real Madrid dan pasukan kebangsaan.

The FIFA/FIFpro World XI 2013  –  Manuel Neuer, Dani Alves, Thiago Silva, Sergio Ramos, Philipp Lahm, Franck Ribery, Xavi Hernandez, Andres Iniesta, Lionel Messi, Zlatan Ibrahimovic, Cristiano Ronaldo

“Tanpa sokongan mereka, saya tidak mampu mendapatkan anugerah ini. Saya amat bangga. Ia amat sukar untuk mendapatkan anugerah ini.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat. Termasuk isteri saya, rakan saya, dan anak saya. Ia adalah detik yang amat beremosi. Saya hanya mampu berterima kasih kepada semua yang terlibat.”

Selepas upacara itu, ketua pasukan Portugal itu berkata kepada AS: “Saya tidak tahu jika ia adil atau tidak, Ribery mempunyai peluang yang baik juga.

“Saya telah melalui musim yang baik secara individu. Saya ingin kembali ke sini untuk memenanganinya lagi.
“Ibu saya (yang turut hadir) mudah menangis dan saya juga sama apabila saya nampak dia menangis. Saya seorang yang beremosi.”