Badminton: V Shem-Khim Wah Buat Kejutan Juarai Terbuka Malaysia 2014
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Beregu lelaki negara Goh V Shem-Lim Khim Wah membuat kejutan dengan merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2014 Ahad.
Lebih manis lagi kejayaan sulung mereka itu disaksikan penyokong tempatan yang tidak putus-putus memberikan sorakan semangat untuk meranapkan peluang beregu China, Chai Biao-Hong Wei pada perlawanan final di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.
Pada perlawanan penuh mendebarkan itu, ketangkasan V Shem-Khim Wah berjaya menundukkan pencabar mereka dengan straight set 21-19 dan 21-18 dalam masa 45 minit. — BERNAMA