Wanita ditahan kerana bergambar bogel bersama anak gadisnya

Gambar wanita 50 tahun dari Missouri berbogel bersama anak perempuannya yang berumur 14 tahun tersebar luas di laman snapchat.

Gambar tersebut diambil oleh anaknya ketika mereka mandi di jakuzi dirumahnya dan dipercayai dimuat naik oleh anaknya sendiri di laman Snapchat dan menjadi bualan hangat pelajar 2 sekolah tinggi di daerah Rockwood School melalui Snapchat tersebut.

Wanita tersebut ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh dan boleh memberi pengaruh negatif terhadap pelajar.

Identiti wanita yang tinggal di Wentzville tersebut tidak didedahkan kerana melindungi identiti anak perempuannya.

Wanita tersebut ketika ditemuramah

Wanita tersebut menafikan yang beliau bersetuju apabila anaknya mengambil gambar tersebut. Dia menyatakan mahu keluar dari tab mandi ketika anaknya mengambil gambar tersebut tetapi memarahi anaknya supaya memadam gambar tersebut dengan segera.

Ini bukan kali pertama keluarga tersebut menghadapi masalah dengan gambar bogel kerana anaknya yang berusia 14 tahun pernah diarahkan supaya menjalani sesi kauseling kerana menyebarkan gambar bogelnya sendiri di sekolah.