United bernafas semula, Liverpool aibkan Spurs

LONDON: Manchester United kembali mencipta kemenangan apabila menewaskan Aston Villa 3-0, malam tadi.

United berjaya mendominasi permainan di Villa Park selepas mencacatkan rekod kejayaannya sejak 2001 apabila tewas pada Everton dan Newcastle United dalam perlawanan sebelumnya.

Jaringan Danny Welbeck pada minit ke-15 dan 18 serta sumbangan gol ketiga Tom Cleverley merapatkan jurang United dengan pasukan teratas Arsenal.

Kejayaan itu meletakkan Manchester di tangga kelapan tetapi menjadi kemenangan yang penting buat Pengurus David Moyes selepas menghadapi empat perlawanan tanpa menang.

Villa, yang tidak pernah mengalahkan United di tempat sendiri sejak 1995, kekal di tangga ke-11 di dalam carta.

Sementara itu, Swansea City seri 1-1 dengan Norwich City dalam perlawanan yang menyaksikan kecederaan penyumbang gol Nathan Dyer yang terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan buku lali ketika bertembung dengan Sebastien Bassong.

Gary Hooper menghasilkan jaringan bagi menyamakan kedudukan Norwich dengan pasukan pelawat itu.

Sementara itu Luiz Suarez menjadi wira buat Liverpool membantu kemenangan besar 5-0 ke atas Tottenham Hotspur . Ini merupakan kekalahan kedua terbesar Spurs dalam tempoh sebulan.

Kekalahan ini memberi tekanan kepada karier Villa Boas di White Hart Lane.

Berikut keputusan penuh perlawanan Gameweek 16

Gameweek 16 Day 2 All Highlights