Undian Kumpulan Piala Dunia 2014

FIFA telah mengumumkan kumpulan sebelum undian Piala Dunia pada hari Jumaat nanti pada jam 12 malam.

Kumpulan 1 – Lapan pasukan terbaik mengikut kedudukan FIFA pada bulan Oktober, serta pasukan tuan rumah Brazil.Brazil, Argentina, Colombia, Uruguay, Sepanyol, Jerman, Belgium dan Switzerland.
Kumpulan 2 – Lima pasukan Afrika, dua Amerika Selatan.

Algeria, Cameroon, Chile, Ivory Coast, Ecuador, Ghana and Nigeria.

Kumpulan 3 – empat pasukan Asia dan empat pasukan Amerika Utara.

Australia, Costa Rica, Honduras, Iran, Jepun, Korea, Mexico, USA

Kumpulan 4 – lapan pasukan Eropah.

Bosnia-Herzegovina, Croatia, England, Perancis, Greece, Itali, BelandaPortugal, Rusia
Di samping itu empat pasukan dari Kumpulan 1 (Brazil, Argentina, Uruguay, Colombia) diletakkan dalam Kumpulan X supaya dapat mengelakkan situasi dimana tiga pasukan Eropah diundi dalam satu kumpulan.

Prosedur Undian:

1. Satu pasukan Eropah dari Kumpulan 4 akan diundi masuk ke Kumpulan 2 untuk membuat empat kumpulan yang seimbang dengan lapan pasukan.
2. Brazil akan diletakkan dalam Kumpulan A sementara pasukan dalam Kumpulan 1 akan diletakkan dalam Kumpulan B hingga Kumpulan H.
3. Demi memastikan semua Kumpulan mempunyai pasukan dari kontinen yang berlainan, empat pasukan Amerika Selatan dari Kumpulan 1 akan diletakkan dalam Kumpulan X. Satu dari pasukan Kumpulan X akan diundi keluar.
4. Pasukan Eropah yang diundi dalam Kumpulan 2, akan diundi masuk ke dalam Kumpulan yang mempunyai pasukan Amerika Selatan dari Kumpulan X. (Supaya FIFA dapat elak dari meletakkan tiga pasukan Eropah dalam satu Kumpulan.)
5. Semua pasukan dari Kumpulan lain (Kumpulan 2,3 dan 4) akan diundi masuk ke Kumpulan A hingga Kumpulan H.
6. Pasukan yang bukan pilihan kegemaran dalam Kumpulan A-H kemudian akan diundi dalam posisi masing-masing demi menentukan jadual perlawanan. (Brazil adalah A1)

Cuba “Draw Simulator” ini jika prosedur undian di atas tidak jelas.

Live streaming di sini