Ronaldo, Messi, Ribery calon akhir Ballon d’Or

LONDON 10 Dis. – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini memilih Cristiano Ronaldo, Lionel Messi serta Franck Ribery sebagai calon akhir daripada 10 yang lain untuk anugerah Ballon d’Or.

Sementara itu, bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson, bekas pengurus Bayern Munich, Jupp Heynkes dan Juergen Klopp dari Borussia Dortmund disenarai pendek untuk anugerah Jurulatih Terbaik.

Tiga finalis yang hebat semestinya setiap seorang ingin menambah koleksi anugerah buat mereka. Ronaldo tidak ambil kisah dengan penghargaan itu sendiri walaupun selama beberapa edisi lepas beliau gagal memenanginya akibat tewas kepada Messi. Beliau lebih pentingkan prestasi bersama kelab dan negara drai anugerah itu.

“Edisi tahun ini? Bukanlah perkara yang terpenting dalam karier saya. Ini hanyalah sebuah trofi yang sudah ada sekian tahun lamanya, itu memang penting untuk para pemain, tapi itu cuma anugerah untuk individual saja,” ujarnya kepada BeIn Sport.

“Lebih baik cemerlang bersama kelab dan mempunyai karier yang hebat. Itu cuma sebuah trofi, bukanlah pengakhiran dunia,” ujarnya.