Ribery mahu gelaran anugerah Ballon d’Or

PEMAIN sensasi Bayern Munich, Franck Ribery berkata, dia individu paling layak untuk menerima anugerah Ballon d’Or atau pemain terbaik dunia Fifa.

Ribery akan bersaing dengan Cristiano Ronaldo (Real Madrid) dan Lionel Messi (Barcelona) bagi merebut anugerah berkenaan yang akan diumumkan bulan depan.

“Selama ini saya sudah bekerja keras dan sudah tentu anugerah itu menjadi ganjaran istimewa di atas usaha saya selama ini.

“Biarpun ada yang berpendapat Ronaldo dan Messi bakal mendominasi undian, peluang saya tetap ada.

“Kerana musim lalu saya memenangi kejayaan luar biasa dan ia boleh menjadi petunjuk kepada kemampuan saya,” katanya yang baru membantu Bayern memenangi trofi Piala Dunia Kelab Fifa di Maghribi, baru-baru ini.

Sementara itu rakan sepasukannya di Bayern, Thiago turut menyatakan Ribery lebih layak dari Messi.

Sebelum ini, Ribery dipilih sebagai pemain terbaik Uefa pada Ogos.