Pra musim: Kedah tumpaskan Kelantan di Darulaman

Kedah mengambil kesempatan untuk mencuba keserasian pemain importnya dalam perlawanan persahabatan semalam menentang Kelantan semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darulmana itu berkesudahan Kedah menang 3-0.

Walaubagaimanapun jurulatih Kelantan, Steve Derby tidak menurunkan importnya dalam perlawanan yang didominasikan oleh pasukan tuan rumah itu. Beliau dilihat menurunkan pemain muda untuk pendedahan dalam perlawanan yang kompetitif.

Kelantan menurunkan hampir kesemua pemain tempatan utamanya dalam perlawanan ini seperti Khairul Fahmi dan Badhri Radzi.

Gol awal kedah diperolehi pada babak pertama manakala dua gol lagi dibabak kedua perlawanan.

Dua jaringan Kedah dijaringkan oleh Faizal Abu Bakar dan satu jaringan oleh penyerang sensasi Khyril Muhymeen.

Lagi foto menarik perlawanan di sini

Kedah nampaknya berjaya mencari pengganti Nelson apabila pemain import baru di posisi tengah mereka, Adriano lebih banyak mencuri tumpuan peminat Hijau Kuning dengan hantaran dan gerakannya yang menarik.

Highlights