Pesan makanan di McD, dapat beg berisi ribuan dolar

Nashville: Sepasang suami isteri yang memesan makanan segera melalui kaunter pandu lalu McDonalds Tenesse mendapat lebih daripada apa yang diingini – satu beg berisi wang.

Menurut media wang bernilai ribuan dolar itu disiapkan untuk dihantar ke bank tetapi diletakkan dalam beg kertas yang digunakan untuk pelanggan berhampiran kaunter pesanan pagi semalam.

Seorang petugas secara tidak sengaja menyerahkan beg berkenaan kepada pasangan Greg dan Stacye Terry yang membuat pesanan sarapan.

Namun petugas itu menyedari kesilapan berkenaan sejurus kemudian dan mengikut pasangan terbabit ke rumah mereka yang terletak tidak jauh dari situ.

Wang di dalam bungkusan

Pasangan Greg dan Stacye

Sementara itu Stacye berkata, suaminya terkejut apabila membuka beg kertas berkenaan dan mendapati ia dipenuhi wang.

“Saya terfikir untuk melarikan wang itu tetapi menyedari ia tidak wajar,” katanya.

Pasangan itu kemudian mengambil gambar wang berkenaan sebelum menyerahkannya kembali kepada pekerja restoran terbabit.  AP