Model Playboy lebih gemar bertudung litup

Seremban: Pernah bergambar ghairah untuk majalah Playboy, menjadi Gadis Arnab Kelab Playboy di Macau, bergambar seksi untuk iklan pakaian dalam, namun semua itu tidak lagi bermakna kepada model, Felixia Yeap, 27.

Model ini secara terbuka lebih gemar membuat fashion show busana Islam setelah beberapa kali menyertainya. Felixia lebih selesa dan selamat jika mengena pakaian busana islam ini.

Dia kini mengaku sudah bosan dengan pandangan penuh bernafsu orang terhadap dirinya dan sekarang mereka lebih mempunyai pandangan yang lebih berinteraksi bukan fizikal sahaja ujarnya.

‘Biarla orang hendak berkata saya seorang yang pelik bila bukan Islam ingin berhijab!’ ujarnya.

Pertama kali mengenakan hijab ialah ketika sesi iklan untuk sebuah syarikat telekomunikasi negara beberapa bulan lalu.

Felixia pernah menjadi finalis Miss Universe Malaysia 2010, Finalis Miss Malaysia Tourism 2007, 1st runner-up Miss Chinese World Malaysia 2006[2] dan finalis untuk Dewi Remaja Malaysia.