Lukisan dinding dilelong AS$209,000

BEVERLY HILLS, California – Sebuah mural yang dilukis pada dinding batu sebuah stesen minyak di Hollywood lima tahun lalu dipahat keluar dan telah dijual pada harga lebih AS$209,000 (RM665,115) dalam satu lelongan di sini.

Mural yang dilukis menggunakan teknik stensil itu dihasilkan oleh seorang artis seni jalanan Britain, Bansky.

Menurut akhbar Los Angeles Times, mural berjudul Flower Girl yang berukuran 2.7 x 2.4 meter itu dijual pada Khamis lalu.

Menurut akhbar berkenaan, ia merupakan sebahagian lelongan 100 karya seni visual yang dihasilkan oleh lebih 30 artis seni.

Lukisan tersebut dibeli oleh seorang pembeli misteri dari Los Angeles yang enggan dikenali.

Mural itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan memegang bakul.

Karya seni itu dijual oleh bekas pemilik stesen minyak di Hollywood, Eytan Rosenberg yang berhajat untuk mengumpul dana bagi membina sebuah kedai cuci kereta. – AGENSI