Liga Super Asean: FAM setuju hantar 2 pasukan kelab

Liga Super Asean (ASL) bakal bermula pada 2015. FAM telah menyatakan persetujuannya untuk menghantar 2 pasukan berstatus kelab yang di bawah naungannya.

Datuk Hamidin semalam menyatakan bahawa sebuah kelab telah bersetuju menyertai ASL itu namun masih mencari sebuah lagi kelab untuk cukupkan 2 kuota minimum.

Dua pasukan kelab tersebut tidak akan beraksi untuk Liga Malaysia dan beliau menafikan Harimau Muda adalah salah satu kelab yang akan menyertai liga tersebut.

Beliau turut mengesahkan bahawa Harimau Muda A bakal beraksi di Liga di Queensland (Australia) manakala Harimau Muda B di Liga Singapura. Harimau muda C pula bermain di liga FAM dan hanya akan ke Slovakia pada Julai tahun depan.

Berikut jumlah kelab yang bakal beraksi di ASL tersebut: