Kim Swee mahu naikkan ranking FIFA

Kuala Lumpur: Datuk Ong Kim Swee akan menjadikan kedudukan negara dalam ranking dunia sebagai agenda utama sekiranya diberi peluang untuk mengendali skuad kebangsaan tahun depan.

“Saya juga akan menilai pemain menerusi persembahan dalam Liga Malaysia (Liga-M), bukan kerana reputasi hebat mereka,” katanya.

 Belaiu terharu apabila masih diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) walaupun Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan pada Sukan SEA lalu gagal dipenuhinya.

“Saya tidak kisah pasukan mana sekali pun, asalkan saya dapat terus membantu memperbaiki prestasi bola sepak negara. Jika mahu ambil jalan mudah saya boleh terus jaga Harimau Muda A, tetapi kita perlu juga lihat pembangunan dalam Harimau B dan C kerana pemain pelapis perlu terus dilahirkan.