Hoki: Malaysia kekalkan rekod tanpa kalah

NEW DELHI, 8 Dis (Bernama) — Malaysia mengalahkan Afrika Selatan 2-1 untuk kekal mendahului Kumpulan D kejohanan hoki Piala Dunia Remaja di Major Dhyan Chand National Stadium di sini pada Ahad.

Gol kemenangan Malaysia dijaringkan oleh Firhan Ashari pada minit ke 43.

Afrika Selatan nyaris menyamakan kedudukan setelah mendapat pukulan penalti stroke namun penjaga gol Malaysia bertindak cemerlang menyelamatkan pukulan tersebut sekaligus memberi kemenangan berharga buat negara.

Berada di kedudukan teratas dengan 6 mata melayakkan Malaysia untuk ke pusingan suku akhir.

Pada Jumaat, Malaysia mengalahkan New Zealand 3-2 dan akan menentang England pada Isnin.

Highlights