Hoki: Malaysia juara kumpulan dengan mata penuh

DELHI- Malaysia semakin hampir dengan misinya untuk akhiri kejohanan sebagai enam terbaik pada kejohanan hoki Piala Dunia Remaja 2013 selepas menjuarai Pool D sekaligus menempah tempat ke suku akhir apabila meraih kemenangan 4-2 ke atas England semalam.

Sungguhpun aksi saingan Kumpulan D masih berbaki satu lagi perlawanan menentang England, hari ini namun kemenangan ke atas Afrika Selatan itu telah menjamin slot buat Malaysia ke suku akhir sama ada selaku juara atau naib juara berikutan hanya dua terbaik daripada setiap empat kumpulan layak ke saingan seterusnya.

Malaysia beraksi dengan baik terutama jentera pertahanan dan serangan setelah mendahului 2-1 pada babak pertama.

Malaysia akan menentang naib juara Pool C sama ada Korea, Belanda ataupun Inida diperingkat suku akhir nanti.

Highlights

One Reply to “Hoki: Malaysia juara kumpulan dengan mata penuh”

Comments are closed.