FA Cup: 5 kelab BPL bakal tersingkir di pusingan ketiga

LONDON – Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal melayani musuh utara London, Tottenham Hotspur selepas undian bagi pusingan ketiga bola sepak Piala FA, semalam.

Penyandang juara liga, Manchester United yang masih bergelut dengan prestasi, bakal di tempat sendiri menentang Swansea City.

Chelsea akan menentang pasukan Liga Kejuaraan, Derby County manakala Manchester City, naib juara musim lalu, mengunjungi Blackburn Rovers.

Wigan Athletic yang menewaskan mengejut City dalam perlawanan akhir Mei lalu, sebelum tersingkir daripada liga utama, mula mempertahankan gelaran menentang pasukan divisyen tiga, MK Dons.

Wigan Athletic  membuat kejutan dengan  memenangi trofi edisi 2012/13

Sementara itu, Norwich City menunggu kunjungan Fulham, Newcastle United melawan Cardiff City serta West Bromwich Albion di tempat sendiri menentang Crystal Palace.

Liverpool mungkin berdepan Oldham Athletic yang mengejutkan mereka dalam saingan tahun lalu, sekiranya Oldham menyekat Mansfield Town.

Tiada mana-mana daripada tiga kelab liga kecil ini yang pasti ke pusingan ketiga.

Dalam pada itu, Arsenal dan Tottenham tidak bertembung dalam saingan piala tempatan tertua dunia itu sejak Gunners menewaskan Spurs pada separuh akhir 2001.

Berikut jadual penuh dan waktu (tambah 8 jam untuk waktu Malaysia) perlawanan untuk pusingan ketiga: