Dua bom motosikal meletup di Songkhla

SONGKHLA – THAILAND – Dua bom motosikal meletup hampir serentak di hadapan balai polis daerah Sadao dan Padang Besar di Songkhla, pagi tadi.

Pihak polis sedang menyiasat kejadian yang berlaku pada jam 11.20 pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam siri letupan di selatan Thailand, Ahad.

Media sebelum ini melaporkan dua warga Malaysia merupakan antara lebih 20 orang yang cedera dalam satu siri serangan bom di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia.

“Saya sahkan tiada langsung warga Malaysia cedera dalam letupan itu,” kata Hamzah ketika dihubungi Bernama malam Ahad.

Lagi gambar.