City malukan Bayern, Man Utd tamatkan badi Old Trafford

MANCHESTER: Manchester United bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut apabila menang 1-0 ke atas Shakhtar Donetsk 1-0 di Old Trafford, sekali gus meletakkannya sebagai pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Selepas dikejutkan Everton dan Newcastle United pada saingan Liga Perdana Inggeris, United terselamat dengan memungut tiga mata penuh menewaskan juara kelab Ukrainian itu menerusi jaringan Phil Jones pada separuh masa kedua.

Pengurus United, David Moyes kini boleh berbangga apabila United dianggap pasukan pilihan untuk melangkah ke kumpulan 16 pasukan terakhir dengan undian peringkat seterusnya dibuat Isnin depan.

Nasib berbeza buat Shakhtar apabila terpaksa melangkah ke saingan Liga Europa musim depan selepas Bayer Leverkusen menang 1-0 ke atas Real Sociedad dalam kumpulan yang sama.

“Kami mahu mengetuai kumpulan dan kami memperolehnya,” kata Moyes.

Sementara itu di Copahengan, Cristiano Ronaldo mencatat sejarah manis apabila menjadi pemain pertama menjaringkan Sembilan gol dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, apabila Real Madrid menang 2-0 ke atas FC Copenhagen, awal pagi tadi.

Luka Modric membolosi gawang FC Copenhagen pada minit ke-25 sebelum giliran menjaringkan gol kesembilannya.

Kemenangan Real dengan dua gol itu juga menyamakan rekod kejohanan 20 gol di peringkat kumpulan. Real memperoleh 16 mata daripada 18 mata penuh peringkat kumpulan.

Ronaldo membuat penampilan semula selepas tidak beraksi tiga perlawanan kerana kecederaan dan pergantungan dengan digandingkan bersama.

Di Munich,  Manchester City bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Bayern Munich 3-2 dalam Liga Juara-Juara pagi ini sekali gus menamatkan rekod 10 kemenangan berturut-turut penyandang juara itu.

Kedua-dua pasukan telah pun layak ke pusingan kalah mati.

Bayern memimpin perlawanan dengan kelebihan dua gol dalam 12 minit pertama permainan.

Thomas Mull membuka jaringan seawal minit ke-5 sebelum Mario Goetze menambah gol kedua.

Bayern juga terlepas beberapa peluang menambah lagi jaringan sebelum City mula bangkit dengan jaringan David Villa minit ke-28.

Aleksandar Kolarov menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-59 untuk menyamakan kedudukan sebelum James Milner mengambil kesempatan kesilapan pertahanan Bayern bagi menokok gol ketiga pada minit ke-62.

Berikut adalah keputusan perlawanan awal pagi tadi:

Kumpulan A

Manchester United 1 Shakhtar Donetsk 0
Real Sociedad 0 Bayer Leverkusen 1

Kumpulan B

FC Copenhagen 0 Real Madrid 2
Galatasaray lwn Juventus (perlawanan ditangguhkan ekoran cuaca buruk)

Kumpulan C

Benfica 2 Paris St Germain 1
Olympiakos Piraeus 3 Anderlecht 1

Kumpulan D

Bayern Munich 2 Manchester City 3
Viktoria Plzen 2 CSKA Moscow 1

Highlights:

Manchester United 1 Shakhtar Donetsk 0


Bayern Munich 2 Manchester City 3


FC Copenhagen 0 Real Madrid 2