Capitol One Cup: Jaringan Ki Sung-Yueng singkirkan Chelsea

LONDON: Jaringan pemain antarabangsa Korea Selatan, Ki Sung-Yueng menjadi pemusnah kepada Chelsea apabila tewas kepada Sunderland 2-1 pada singan suku akhir Piala Liga, awal pagi tadi.

Perlawanan awal pagi tadi juga menyaksikan Manchester City melangkah ke separuh akhir apabila menundukkan Leicester 3-1.

Perlawanan di Stadium of Light itu menyaksikan Chelsea mendahului menerusi jaringan sendiri Lee Cattermole pada awal separuh masa kedua.

Namun Fabio Borini menyamakan kedudukan pada minit ke-88 sebelum Ki membawa Sunderland yang kini tercorot dalam Liga Perdana Inggeris untuk ke separuh akhir menerusi jaringan pada minit terakhir permainan.

Ia adalah jaringan sulung Ki dalam 13 penampilannya untuk skuad Black Cats itu sejak dipinjamkan dari Swansea yang juara Piala Liga musim lalu.

Di Stadium King Power pula, City tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir apabila anak buah Manuel Pellegrini menguasai hamper keseluruhan permainan.

City membuka tirai jaringan seawall minit ke-9 menerusi pemain pertahanan Aleksandar Kolarov.

Highlights