Brazuca bola rasmi Piala Dunia!

Bola rasmi aksi Piala Dunia FIFA 2014 telah diumumkan di Brazil oleh jenama alatan sukan tersohor Adidas dengan nama Brazuca.

Nama Brazuca, yang bermaksud cara hidup orang Brazil, dipilih selepas ia menerima lebih daripada sejuta undian daripada para peminat di seluruh dunia.

Dengan enam panel berasingan yang dicantumkan, bola itu turut dihiasi dengan gelang hasrat tradisi berwarna-warni yang amat popular di Brazil.

Teknologi di sebalik reka bentuk bola tersebut adalah sama seperti yang digunakan dalam UEFA Euro 2012, Piala Konfederasi FIFA 2013 dan Liga Juara-Juara UEFA.

Nama-nama bola yg termasuk dalam undian pada 2 September lalu untuk dipilih adalah seperti ‘Bossa Nova’ dan ‘Carnavalesca’, namun setelah undian diputuskan, nama Brazuca akhirnya dipilih secara rasmi dgn 77.8% undian mengatasi Bossa Nova 14.6% undian dan Carnavalesca dgn 7.6% undian.

Menurut FIFA, Brazuca merupakan satu nama kebanggaan negara Brazil iaitu kehidupan dgn bola sepak yg begitu ekstrem kepada masyarakat dunia wlwpn sebenarnya penduduk dunia tlh tahu Brazil dan Bola Sepak adalah 1 jodoh yg cukup serasi sehinggakan ada yg keliru dgn menyangkakan bola sepak lahir dari Brazil (padahal England) “emosi, kebanggaan dan perpaduan”, inilah term yg sesuai utk menyampaikan kepada dunia ttg Brazil dan Bola Sepak.

Sejak adidas menjadi pengeluar bola utk kejohanan Piala Dunia sejak 1970, Brazuca dicipta dgn ciri seperti mempunyai 6 ‘polyurethane’ atau kepingan yg bersatu utk terbentuknya bola dgn ciri yg lebih berat bertujuan utk mengimbangi bola wlwpn bermain didalam hujan. Brazuca diciptakan dgn ciri pergerakan lebih pantas dan dgn warna yg lebih ‘colourful’ berbanding Jabulani sebelum ini

Satu bola akan diberikan secara percuma kepada setiap bayi yang lahir di Brazil pada hari pelancaran Brazuca.