BPL: Pesta gol di Stadium Etihad

London: Manchester City mula melonggarkan cengkaman Arsenal di puncak liga apabila membelasah pendahulu itu, 6-3 dalam aksi di Stadium Etihad malam tadi yang menyaksikan corak menyerang mantap dipamerkan skuad tuan rumah.

City, mendahului hasil jaringan Sergio Aguero namun, Theo Walcott memadam kelebihan itu sebelum tuan rumah melebarkan kedudukan dengan dua jaringan Alvaro Negredo dan Fernandinho untuk mengukuhkan kedudukan 3-1 sehingga tamat babak pertama.

Arsenal kembali bernafas dengan jaringan kedua Walcott, tetapi David Silva terus menjarakkan kedudukan City dengan kelebihan dua gol sebelum Fernandinho melengkapkan malam bergaya City yang mengekalkan rekod bersih di laman sendiri.

Keputusan penuh perlawanan semalam seperti berikut

Highlights