BPL: Newcastle United buat Moyes terus dikritik

London: Musim suram terus menyelubungi juara bertahan, Manchester United apabila tewas dua kali berturut-turut di laman sendiri, terbaru tunduk 0-1 kepada Newcastle United sekali gus merekodkan kekalahan kelima mereka musim ini.

Jaringan Yohan Cabaye pada minit ke-60 membolehkan pelawat mencatat kemenangan pertama di Old Trafford dalam tempoh 41 tahun sejak kali terakhir melakukannya pada 1972 manakala United pula mengalami kekalahan kedua berturut sejak Mei 2002.

Tewas 0-1 kepada Everton Rabu lalu, United kini semakin parah – hampir menyamai jumlah keseluruhan rekod tewas musim lalu walaupun kempen belum memasuki separuh musim ini dan barisan David Moyes boleh tercicir 15 mata di belakang Arsenal sebelum hujung minggu ini.

United beraksi tanpa Wayne Rooney akibat penggantungan, tetapi menyenaraikan Robin van Persie dalam kesebelasan utama selepas tidak beraksi empat perlawanan akibat berdepan pangkal paha.

Lima pemain tengah Newcastle nyata mengecewakan United, dan pelawat hampir memecah kebuntuan sebelum tamat babak pertama namun David de Gea berjaya menghalang dua kali percubaan dilakukan Mathieu Debuchy.

Pelawat mengejutkan pasukan juara bertahan itu apabila Cabaye bijak menyempurnakan hantaran Moussa Sissoko walaupun cuba dicabar Evra untuk gol kemenangan yang membolehkan Newcastle melonjak naik ke tangga ke-6 carta.

Keputusan lain

Highlights Gameweek 15 day 1