BPL: City, United dan Liverpool cemerlang

LONDON: Pemain gantian Manchester City, Jesus Navas dan James Milner masing-masing menyumbatkan satu gol untuk mencatat kemenangan 4-2 ke atas Fulham selepas pelawat mensia-siakan kelebihan dua gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris yang dibasahi hujan, awal pagi tadi.

Yaya Toure meletakkan City di depan dengan gol peribadi keempat hasil sepakan percuma dan kapten, Vincent Kompany mengambil giliran dengan jaringan pada minit akhir babak pertama.

Bagaimanapun, lima minit selepas wisel babak kedua bermula, City tergamam seketika biarpun berjaya mengasak ke gawang Fulham apabila Kieran Richardson menyempurnakan gerakan hasil serangan balas untuk mencetuskan tekanan terhadap tuan rumah.

Dalam perlawanan yang ditemani tiupan angin kencang, Fulham beroleh gol penyamaan pada minit ke-69 apabila Kompany tersilap langkah kerana menguis bola melepasi penjaga gol sendiri, Joe Hart yang baru kembali beraksi selepas digugurkan dalam perlawanan liga sejak Oktober lalu.

Bagaimanapun, Navas mengukuhkan cengkaman City pada minit ke-78 apabila sepakannya membolosi celah kaki penjaga gol, Maarten Stekelenburg.

Sementara itu, City terus merobek pertahanan Fulham lima minit kemudian apabila Milner menemui sasaran untuk menghukum Fulham dengan kekalahan kelapan daripada sembilan perlawanan.

Sementara itu Manchester United dan Liverpool juga cememrlang menewaskan lawan masing-masing di laman sendiri.

Keputusan penuh seperti dibawah:

All Highlights gameweek 17 day 2